Assalamualaikum dan hai!!
Hari ni nak update tentang jerawat. Ok jerawat tu sebenarnya apa ya? Menurut wikipedia, jerawat tu merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Itu kalau korang ni masih remaja laa. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Kalau jerawat yang tumbuh tu kuat sangat, baik korang cepat-cepat dapatkan rawatan takut tinggal paru. Haa kalau dah berparut tak ke dah tak nampak gebu gebas licin come lotey dah kulit.
Hmm teringat beberapa tahun lepas masa umur masih remaja, sekarang takda la tua sangat, baru 25 tahun, wee hehe first year dekat usim memang mencabar. Ulang alik dari asrama ke kuliah dengan bas yang tak kira waktu, dengan aktiviti ko-kurikulumnya yang wajib, makan tu tak payah cerita la, suka sangat makanan ringan, maggi, nugget, burger tu biasa je, dah la sayur dan bawang tak makan..muka pun tak kisah sangat,cukup basuh dengan pencuci muka 2 kali sehari, lepas tu tepek bedak nak gi mana-mana. So apa jadi dengan kulit muka? Hangus wei..dahla kulit dah sedia gelap, bertambah gelap, pipi pulak jerawat berlapis-lapis, yang jadi berlapis tu sebab dia suka sangat tumbuh dekat tempat sama, tak tau la kenapa, hehe
Ok mari kita tengok jenis-jenis jerawat pula ya..
1.Jerawat biasa
2. JERAWAT BATU
Jerawat batu ni pula saiz dia lebih besar daripada jerawat biasa. Jerawat batu berwarna lebih merah dan meradang. Kalau dibiarkan, jerawat batu boleh meninggalkan parut yang susah nak hilang. Jerawat batu juga disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu banyak dan pertumbuhan sel yang tidak normal. Jerawat batu tergolong jerawat yang parah.
3. KOMEDO
Komedo disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebih. Komedo terbahagi kepada dua jenis iaitu komedo tertutup dan komedo terbuka. Komedo tertutup terlihat seperti tonjolan kecil berwarna putih. Sedangkan komedo terbuka terlihat seperti pori-pori yang membesar dan menghitam.
4. JERAWAT JUVENIL
Jerawat ini timbul pada masa peringkat akil baligh umur dari 14-20 tahun. Penyebab jerawat ini iaitu masalah hormon yang belum stabil.
5. JERAWAT VULGARIS
Jerawat vulgaris merupakan semacam kelainan kulit yang ditandai dengan erupsi komedo terbuka, komedo tertutup maupun jerawat yang diikuti dengan kulit kemerahan serta bersisik. Jerawat ini biasanya timbul pada masa remaja dan umumnya berlanjut sampai pada masa dewasa. Jerawat ini biasanya disebabkan oleh muka yang sangat minyak, perubahan hormon, produk kosmetik serta kulit mati.
6. JERAWAT ROSACEA
Jerawat ini biasanya timbul pada wanita yang berusia 30-50 tahun. Pada mulanya, jerawat ini akan nampak kemerahan yang dapat menimbulkan peradangan sehingga boleh menimbulkan sisik pada lipatan hidung.
7. JERAWAT NITROSICA
Jerawat jenis ini harus diwaspadai karena yang jika dibiarkan akan menyebabkan lubang pada kulit wajah.